Wednesday, September 17, 2014

COMING SOON!

coming soon!!!!
hye you alls tgk nie jubah baru trend ala2 utk p pjbat n sesuai dipakai utk sebarang urusan business
korang try2 lh survey dulu blog ialls nie konfirm x nyesal..




arts have its own reason


what can you expert from this art??
what you can see inside this art??
what can you conclude in this art??
what a motive in this art??
what can you observe from this art and what in mind of the creator of this art??
PROVE IT YOU CAN BE PART OF THIS ART..


create some arts in daily life



lets have somethings new in your life... this is what we call an art... art can make our emotions release and feel calmly with all those matters... keep walking in the shadow make your life dull and does not have anything to proud about....
come and lets doing some art with any materials that you have... 
happy evening to all customers..  have a nice day to all customer don't blank it your heads..

this is what we call art...


Sunday, September 14, 2014

CHOCOLATE MOIST


PENGGEMAR2 CHOCOLATE  here are some good news for u alls, theres an offer for you alls... come and grab it!!





20%

10%





tengok pun dah sedap kan so what are u waiting for??? come and get it now!!! PM or wechat me now untill offer is still on....






HANDBAG BEJENAMA N MURAH!!


REMAJA2 DILUAR SANA YANG GEMARKAN HANDBAG PLEASE CHECK IT OUT!!...












JIKA BERMNAT SILA PM I OK,,,
handbag yg dijual amat berkualiti dan dibuat daripada kulit yang berkualiti tinggi... gaya ini mmg sesuai untuk semua peringkat umur.  barang yg i alls jual amat digemari oleh semua peringkat umur taw bkn sebarangn orng je...:) u alls blh lh survey2 dlu k ape2 please PM me k... or u can find me by adding me in wechat.. this is my id wechat: suzilamalina... u alls grab it now and i'm sure you would not regret it i'm sure and money will be refund if you are not comfortable with i pny barang... u alls jgn mnyesal sbb kiteorg ada buat offer sempena hari 1 Malaysia!! 10% - 25%!!!! come and grab it now!!


KEISTIMEWAAN BUDU KELANTAN!!

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

buduBUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
budu1
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut...
selamat mencuba yee semua... anda pasti tidak akan menyesal setelah anda mencubanya... :)



FAKTOR PERUT BUNCIT

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. 
Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan. 
bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

Puding Karamel

korang yang gemarkan desert nie blh lh try sekarang cranya mudah sesangat daripada beli tapi x dpt kepuasan lebih baik buat sendri ikut citarasa masing2!! SELAMAT MENCUBA!!


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


Cara Pemakaian Tudung DAlam ISLAM

Cara Memakai Tudung Yang Betul




Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Rasulullah S.A.W bersaba,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Jadi di sini, suka kami kongsikan dengan anda bagaimanakah cara memakai tudung dengan betul.
  1. Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya
  2. Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya
  3. Memakai anak tudung yang bersesuaian
  4. Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga menutup dada
  5. Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala
ADA 3 CARA PEMAKAIAN TUDUNG:
1.MEMAKAI TUDUNG YANG PANJANG DIBELAKANG SAMA SEPERTI ORANG YAHUDI 

2.MEMAKAI TUDUNG MENAMPAKKAN BONGGOL SEPERTI BONGGOL UNTA SEPERTI ORANG NASRANISEPERTI HADIS

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]
3.PAKAI TUDUNG MENUTUP DADA ADALAH CARA ISLAM YANG SEBENAR

Semoga dengan perkongsian kami kali ini dapatlah kita sama-sama meperbaiki diri dan dapat memakai tudung dengan sempurna.
Tudung bukanlah sekadar untuk berfesyen tetapi tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Tutup aurat kita dengan betul, agar kita menjadi seorang hamba yang beriman. 

Seribu satu khasiat ulam

MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.                                                                               

Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.
Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi.

Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.
Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.

Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.
Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.
Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.
Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz3DPAIWPvm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tips Mengatasi Wajah Kusam

Tips Mengatasi Wajah Kusam




















Tips Mengatasi Wajah Kusam
. 
Tips serta cara yang baik untuk mengatasi wajah kusam bisa anda lakukan di rumah, banyak hal penyebab dari wajah yang kusam. 
Salah satunya wajah penuh dengan sel-sel kulit mati, kekurangan pasokan air, dan kekurangan perawatan. Wajah yang kusam tentunya mengganggu sekali dalam berpenampilan.
 Kami juga sebelumnya pernah membahas Mengencangkan Kulit Wajah dengan Alami dan Makanan Membantu Kulit Putih.

Pola makanan yang buruk dapat mempengaruhi konsdisi dari lemak serta membuat wajah semakin berminyak. Untuk mengatasi wajah yang 
kusam atau karena kosmetik yang tidak sesuai, 
anda bisa mengatasinya dengan sering-sering membersihkan wajah dengan sabun yang sesuai.

Ada baiknya anda menggunakan tips dan cara mengatasi wajah kusam berikut ini yang bisa anda pratikkan sendirinya di rumah.

Tips Mengatasi Wajah Kusam

Gunakan Masker
Menggunakan masker, fungsinya untuk mengelupas kulit-kulit mati pada kulit dan mecerahkan kulit nantinya. Bisa anda gunakan maskeran seperti yogurt, lemon, dan tomat. 
Tetapi jika anda malas membuat masker sendiri, anda bisa juga membeli masker yang instan di toko, dan ingat bahannya harus terpercaya.

Zaitun
Kandungan Vitamin E yag terdapat pada minyak zaitun dapat menjadi antioksidan alami yang dapat menangkal oksidasi yang merusak sel. 
Itu artinya sangat baik serta tidak perlu kuatir lagi 
bahwa obat alami yang satu ini sangat baik untuk kulit. Cara penggunaanya bisa langsung dikosumsi secara langsung atau dioleskan pada kulit.

Menggunakan Daun Seledri
Pengusapan seledri pada wajah kulit atau sama hal seperti maskeran dapat membuat kulit lebih indah serta bersih. Caranya:
  1. Ambil daun seledri sekitar 1-2 genggam lalu cuci hingga bersih
  2. Potong hingga menjadi bagian-bagian kecil
  3. Rebus dengan air selama 20 menit
  4. Angkat dan diamkan seledri tersebut hingga dingin dengan sempurna
  5. Lalu usapkan seperti maskeran pada wajah anda, sampai seledri dan airnya meresap pada wajah lalu tunggu 
  6. sampai mengering sendiri di wajah lalu bilas dengan air bersih.

Hindari Begadang
Istirahat yang baik adalah pada malam hari, dengan waktu normalnya 7-8 jam perhari. 
Jika begadang sering anda lakukan, maka tidak heran wajah anda kusam dan berminyak. 
Hal tersebut terjadi karena tidak keseimbangannya hormonal dalam tubuh. 

Perhatikan Makanan
Makan-makanlah yang bergizi, seperti sayuran hijau serta buah-buahan yang segar. 
Makanan bisa mempengaruhi kondisi wajah anda, apalagi sering mengkosumsi makan-makanan yang berlemak serta berminyak, 
kami sarankan dari sekarang jauhilah.

Bengkoang
Bengkoang dapat memberikan rasa dingin pada kulit. Dan dapat juga digunakan untuk memutihkan wajah secara alami. 
Zat fenolik yang terkadung dalam bengkoang dapat 
menghambat pembentukan melanin, 
sehingga pigmentasi yang disebabkan oleh sinar matahari, bekas jerawat, kulit mati, hormon, dapat dicegah serta menguranginya. 
Dan juga dapat mencegah radikal bebas, karena adanya vitamin C, saponin, dan kandungan flavonoid.

Perbanyak Asupan Air
Air, dapat menjaga kesehatan tubuh serta mencegah kulit kering. Maka mengkosumsi minimal 8 gelas perhari haruslah dilakukan. Dan mengkosumsi air kelapa juga baik untuk membantu kulit untuk tetap sehat serta cerah.




you alls yang tengah nak berjinak-jinak dengan shawl nie i post kn kt u all utk u all tgk cara sng simple tapi cantik... ua alls nk berfesyen x sush pn koranmg belit2 je ikut keselesaan korang k asalkn tertutup aurat!!!! korang selamat mencuba ok...




korang nie cara pkai shawl yang topp skrg ni!!! korang selamat mencuba n jadikan diri anda lebih menyerlah dengan shawl yang ada pada anda... exxpresikan diri anda dengan gaya tudung terkini,,., jangan jadikan diri anda seperti sesorang yang buta tentang predaran masa kini..., gaya simple, practical, menarik, menawan, dan sangat ayu bila dipakai,.,, ibarat gadis melayu terakhir gitu!! huhuhuhu :)






nie plak bagi yang mnyukai fesyen shawl labuh... anda boleh mencuba gaya ini bagi penampilan anda supaya nmpk lbih mnyrlah dari kebiasaan... i yakin u alls kn jdi perhatian rmai jika mempragakan fesyen n style ini... you alls begitu berharga jgn jdi kn fktor usia kpd masalah untuk anda nmpk cantik n mnwan!!


 latest design September 2014


seperti yang u alls tgk kt sini cantik kan design ny?? so ape lagi jom grab it now!! ape2 you alls boleh contact i Whechat id i : suzilamalina.. ape2 hal u alls blh trus order kt sna ok?  :) come and get it nnananananana... have fun with my new design..:)





kain chifon ny sesuai dipakai dalam apa jua majlis dan ia sgt selesa dipakai.. design ny sy reka sbb bnyk permintaan tas jnis fabrik ini.. jika ada yg berminat boleh terus hubungi sy melalui wechat ok... kt wechat sy pn bnyk bju yg design latest2 pny so korang ringan2kn lh tgn follow i ok u alls.. :)








korang yang nk nmpk GLAMOUREST kt ape2 event nk nmpk mnyerlah among the others korang ptot cuba ny k... pasti korang x kn nyesal lh dengan design i ny... you blh tgk it shinning like a diamonds right? so what are you waitting for lets grab it now!!! for ! Malaysia"s day there is an offer 20% so what are you waitting for come... 
yang pasti jnis fabrik ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sgt sesuai untuk apa2 majlis pn ok... so korang jgn risau orang kn ckp korang fesyem abuse or pe ok... bju mcm ny Datin2 pn kalah ngan u alls taw... come n get it right now... come!! come!!



Thursday, July 3, 2014

Keindahan Bulan Ramadhan..:)

















Selamat Menyambut Bulan Keberkatan Pada Tahun Ini..
Jadikan Ramadhan Tahun Ini Lebih Bermakna Dari Tahun-tahun Sebelumnya... 


Monday, June 30, 2014

Telekung For Muslimah

Sales!!

Antara sebab-sebab kenapa anda harus memiliki telekung ni : cekidauttt

1) Penulis ni memang agak cerewet kalau bab2 nak beli telekung sebab saya ni seorang yang tinggi..So telekung dan kain mestilah wajib labuh..Bila sujud takde lah nampak kaki kan..Memang kalau pergi mana-mana pon aku akan standby telekung untuk travel supaya nanti bila nak singgah mana2 pakai hok sendiri je tak payah sibok nak belek2 kat surau/masjid.. Lagi 1 bila time orang ramai tak payah nak Q bagai.. Tapi labuh tu sgt penting bagi aku.. Sebab bila nak beli telekung je mesti aku try kain dulu..Kalau rasa labuh ngam2 je memang aku taknak beli..Sebab kalau labuh macam tu kalau sujud conpem nampak kaki.. So langkah selamat bawak jerlah telekung sendiri wherever u go =)
2) Yang kedua aku amat cerewet bab tang dagu tu..setengah telekung bahagian untuk tutup dagu tu kecik je..Memang sebelum solat kita letak betul2 bawah dagu tapi tengah semayang tu kadang2 mesti lari dari bawah dagu..Selalunya  nak rukuk ke sujud ke mula lah lari dari landasan..Itu dah kira nampak aurat..Bila nampak aurat kiranya tak sah solat kita..Harap maklum yer puan2..hihi..Kalau salah betulkan saya =)
3) Yang ke-3 jenis kain dia memang best dan tak jarang..Setengah2 telekung apabila dijahit dengan sulam yang melampau tanpa kita sedar ada tang lubang2 yang boleh menampakkan kulit badan kita..Bhgian leher dan tangan biasanya sangat terdedah kepada lubang2 tu.. Sebab badan boleh di cover dengan baju..Apabila lubang terlalu besar dan boleh menampakkan warna kulit solat kita tidak sah..So please concern benda-benda macam tu ye...Kita memang nak telekung yang cantik tapi cuba kita belek balik hok mana yang ada sulam terlebih tu takut ada lubang yang boleh menampakkan warna kulit..Jangan jadi macam penulis sebab tampal dgn double side tape sebab malas nak jahit..huahua..
4) Jenis kain yang berat dan apabila solat dibawah kipas takde lah bila nak rukuk ke sujud ke telekung mengerbang macam hantu terbang..kikiki..Kain dia jatuh dan berat..so boleh rukuk dan sujud dengan tenang..Takdelah bila sujud sibuk nak kaup2 telekung ..hihi..Nanti pergerakan lebih dari 3 kali batal pulakkk..
5) Permukaan muka kain telekung ni sangat selesa..Masuk je ngam2 je terletak kat muka then just ikat je nak bagi kemas..Bahgian muka dah dijahit dengan kemas dan tak payah nak tolak2 rambut  masuk dalam..hihi..Kalau tak caya cuba try ...jengggg